Thursday, May 24, 2012

I am on my way

Assalamualaikum, princes and princess!
Oke, seriously lama giler tak update. Bukan taknak, selalu je jenguk blog kesayangan ni tapi tu lah kan. Alasan biasa yang korang pakai bila keluar ayat ‘bukan taknak update’. Lu fikirlah sendiri.

So sekarang, memandangkan saya update makanya saya ingin bercerita banyak sikit. Kot. Biarlah takde orang bace pun, biarlah takde orang komen pun. Dah aku update, aku la baca tapi tak sampai tahap aku komen post aku sendiri laaa -__- itu sangat kasihan namanya. Muahahahha.

Okay begini ceritanya, bagi korang-korang yang tak tahu lagi lepas ni aku [tadi guna kata ganti diri, saya.. ni aku pulak. Eh korang abaikan jelah eh. Asalkan kata ganti diri pertama!] nak sambung belajar mana, meh nak bagitahu.. bahawasanya saya, Fatin Nurashikin binti Mohd Mustapha akan melanjutkan pelajarannya di Kolej Matrikulasi Melaka – KMM. Tada! So lepas ni jangan tanya ahh. [ko bajet semua orang baca blog ko? Pastu ko demand taknak bagi tanya pulak. Adoi]

Ha pastu aku daftar Isnin ni yakni 28 Mei 2012. Disebabkan tempat itu Melaka so aku pergi awal sehari which is 27 Mei. Pastu aku tidur lah kat sana. Ha pastu tak payah tanyalah kan aku tidur kat mana. Muahahahha.

Jadi, persediaan aku ke sana hampir 100% dah siap. Sumbat punya sumbat baju dan segala benda dalam beg, aku rasa aku dah bersedia. Muahahaha. Oke stop it, Fatin. Seperti yang korang sedia maklum, girls ni memang banyak benda yang dia nak bawak. Kalau boleh dengan katil-katil dia nak bawak termasuklah manusia yang sedang menaip ni. Kita sama je weh. Tapi, disebabkan beg yang sekangkang kera, kereta yang ko ingat nak angkut aku sorang so aku re-consider and buang lah benda-benda yang tak perlu bawak contohnya katil. Muhahahaha.

Tapi, aku still rasa there is something left behind! Ha, aku memang macam tu, cuak melebihi tahap yang sepatutnya. Should be aku chill je kan. Tapi aku gelabah bagai dah takut tertinggal apa-apa. Kan susah. Kan? Kalau Terengganu dengan Melaka tu dekat boleh la tahan nak pergi ambil balik tapi ni takk. So kena make sure tak tertinggal barang! Noted.

Okay, sebagai seorang gadis yang sangat naïf [pffft tak boleh blah puji diri sendiri] korang doa-doakanlah sepanjang keberadaan aku di KMM. Semoga aku ni kuat mental dan fizikal. Dan yang paling penting semoga aku ni rajin. Di samping, semoga aku terlindung dari maksiat dan anasir-anasir jahat.

Itu jelah kot aku nak khabarkan kat korang. Lepas ni tak update dah kot. Malas daaa. Nak pergi dah ni, sobsobsob. Sedih taw. Nak tinggal rumah ni. 18 tahun kot duduk sini. [cakap macam tak balik dah, perghh] tapi sebenarnya, risau nak tinggal Umi. Risau, risau, risau sangat sangat.
Dan serius, risau air mata ni jatuh hari 28 Mei saat family pulang. Taknaaaaaaaaaaak buat drama !!

Dan risau, akan diriku ini. Jaga diri, jaga iman, jaga akhlak, jaga ibadah, jaga maruah, jaga potensi, jaga makan, jaga tidur, jaga segala-galanya ya, Fatin. Pesanan ikhlas dari sekeping hati nan tulus. Sobsob :’(

Korang pun, jaga diri! Semoga Allah redha :')

3 comments:

Anonymous said...

nice . haha

Fatin Oriell said...

anonymous : thanks. sape eh? *me wonder* muahahah

Anonymous said...

haha . adop spe2 eh . sje . haha